Testimoni

Video Testimoni pelajar yang telah menyertai bengkel

Read More

Galeri

Halaman bergambar aktiviti di Quran Center Ustaz Walid

Read More

Blog

Untuk bacaan harian yang penuh pengisian rohani.

Read More

Tentang Kami

Quran Center Ustaz Walid ditubuhkan pada 4 oktober 2016 oleh Ustaz Walid. Matlamat utama Quran Center Ustaz Walid adalah “Untuk membantu umat Islam Malaysia celik Al Quran menggunakan Kaedah Kotak”. Disebabkan oleh ramainya golongan dewasa yang tidak boleh membaca Al Quran, Ustaz Walid mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini celik Al Quran.

Pembangunan Malaysia dikatakan setanding dengan negara Asia lain bahkan lebih maju disesetengah negara Asia Tenggara. Namun hakikatnya, sektor pendidikan, terutama sekali Pengajian Al Quran masih lagi di tahap yang rendah. Ramai golongan dewasa yang tidak boleh membaca Al Quran.

Quran Center Ustaz Walid ditubuhkan adalah untuk mengatasi masalah pengajian Al Quran yang dihadapi umat Islam Malaysia. Pada, asalnya Quran Center membuat kelas pengajian 10 sesi dan Bengkel Kaedah Kotak selama 2hari. Tetapi, ramai rakyat Malaysia tidak dapat menyertai kelas dan Bengkel Kaedah Kotak ini, Ustaz Walid telah membuat Pendrive Kaedah Kotak untuk memudahkan umat Islam Malaysia yang ingin belajar membaca Al Quran dari rumah.

Apa yang di maksudkan dengan Kaedah Kotak? Satu kaedah membaca Al Quran yang mudah dan santai untuk golongan dewasa. Dimana kaedah ini tidak menggunakan teknik penghafalan dan berbeza dengan kaedah pengajian Al Quran yang lain. Ustaz Walid selaku pengasas kaedah kotak membangunkan Kaedah ini dengan menerapkan teknik pengajaran dan pembelajaran pedagogi yang sesuai untuk golongan dewasa.

“Ustaz TAK tanya soalan, Ustaz TAK suruh baca sorang-sorang”.

MISI

  • Menyediakan kelas pengajian Al-Quran “Kaedah Kotak” yang pantas, praktikal dan berkesan kepada masyarakat.

  • Melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti dan mahir dalam mengajar Al-Quran “Kaedah Kotak”.

  • Menjadikan pengajian Al-Quran menggunakan modul “Kaedah Kotak” sebagai salah satu mata pelajaran teras di IPTA/IPTS seluruh Malaysia

  • Melahirkan usahawan Al-Quran melalui program perlesanan Quran Center ke seluruh Malaysia.

VISI

Membantu  umat Islam di seluruh Malaysia melazimi dan membaca serta mengajar Al-Quran melalui “Kaedah Kotak”

Aktiviti Perniagaan

Program

Masa

Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa

10 sesi ( 1 sesi / minggu)

Bengkel Al-Quran Kaedah Kotak

2 Hari ( Pengajian Penuh Silibus)

Kelas Pengajian Al-Quran (Talaqqi)

Secara Bulanan

Pendrive Kaedah Kotak

Belajar Dirumah